Chapter 8 ::


Kuiz

1. Tentukan logam perak
-Perak adalah satu elemen yang diwakili dengan simbol Ag. Suatu elemen yang tidak reput kepada unsur-unsur kimia yang lain. Simbul Ag ini berasal dari perkataan latin iaitu ARGENTUM yang bermakna PERAK DAN WANG

2. Terangkan pelaburan masa depan bagi logam perak
- Perak merupakan satu simpanan yang perlu kita ada. Ratio perak dengan emas semakin mengecil. Analisis menunjukkan kenaikan harga perak adalah lebih tinggi berbanding dengan emas. Di bawah ini merupakan analisis kenaikan harga emas dan perak dalam Ringgit Malaysia (RM). Adalah lebih tepat untuk membandingkan kenaikan perak dan emas dalam nilaian RM kerana kita membeli emas dan perak dalam nilaian matawang RM. Perlu difahami juga wujudnya faktor kadar tukaran matawang RM dengan USD. Sejak akhir-akhir ini nilai RM semakin mengukuh berbanding dengan matawang USD.



3. Bincangkan permintaan logam perak untuk kegunaan industri
- Permintaan untuk perak yang dibina atas tiga teras utama iaitu kegunaan industri dan hiasan, fotografi, dan barang kemas dan perak. Ketiga-tiga kategori mewakili lebih 95 peratus penggunaan perak tahunan. Permintaan untuk logam perak ini semakin bertambah kerana nilainya yang tinggi untuk kegunaan industri mahupun perhiasan selain dijadikan simpanan. Perak merupakan logam berharga yang paling murah dengan harga 1/49 dari harga emas.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, logam akan menjadi berharga jika ia jarang dijumpai. Penemuan sumber baru yang banyak seperti pembukaan lombong dan peningkatan teknologi di dalam proses pengeluaran logam dari bijih asalnya yang menjadi semakin mudah menjadikan nilai logam boleh menjadi susut.

Satu perkara yang menarik berkenaan dengan alumunium yang dahulunya dianggap sebagai logam yang berharga. Walaupun alumunium merupakan logam yang sangat banyak didapati dalam kerak bumi, manusia dahulunya tidak tahu bagaimana hendak mengekstrak alumunium daripada bijih asalnya. Ini menjadikan alumunium mempunyai nilai melebihi emas. Bar alumunium yang terdapat dalam muzium di Perancis dahulunya diletakkan bersama mahkota pada zaman Napolean III, 1855. Malah pada zaman pemerintahannya, beliau menghidangkan tetamu kehormatnya dengan pinggan mangkuk yang diperbuat dari alumunium. Walaubagaimanapun, apabila proses Hall-Heroult bagi megekstrak alumunium ditemui pada 1886, harga alumunium jatuh mendadak di pasaran.Pada masa hadapan, perak dijangka menjadi logam yang jarang ditemui kerana permintaannya kini telah melebihi penawaran dalam pasaran.




Permintaan utama perak adalah daripada kegunaan industri (40%), barang kemas,syiling bulion dan produk pertukaran bursa.
contoh lain :
  • Telefon selular – 404.35 tan;
  • Konsumer PCs & laptop – 684.29 tan;
  • Filem tebal PV – 1,461.90 tan;
  • Automotif – 1,119.75 tan;
  • Barangan elektronik & elektrikal – 7,555.21 tan, rekod tertinggi;
  • Panel kuasa solar bagi tahun 2011 dijangka mencapai 2,177.29 tan, melonjak 40% dari 2010;
  • Tag RFID pada 2010 mencecah antara 31 hingga 62 tan sebelum mencapai pasaran tepu untuk jangkamasa yang lebih lama lagi;
  • Komponen penulenan air menggunakan 62 tan dan dijangka menokok kepada 74.65 tan;
  • Peralatan & perkakasan perubatan meningkat kukuh permintaannya kepada 93.3 tan menjelang 2015;
  • Penggunaan logam perak secara nano dalam pembungkusan barangan yang mementingkan kebersihan (hygiene) bakal menyumbang kepada penggunaan 124.4 tan logam perak bagi tempoh 5 tahun yang mendatang.


0 comments:

Post a Comment