PERISIAN

PERKAKASAN

Mozilla firefox browser

Laptop Type : Acer Aspire 4725G

Google chrome browser

Processor: Intel ® core™ i5 processor 430M

Insta Trader software

RAM : 2.00 GB (1.87 GB usable)

Meta Trader software

Modem broadband

Type : Join Air

Service : Celcom

Windows 7 software

Keyboard,mouse

Broadband (internet) software

ATM card (Maybank)

Meta Trader database

User : sarah nadiah bt badri

Chapter 9 ::


KEBAIKAN PERAK

· perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

· Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.

· Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

· Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan perak. Selain itu, perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

· Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk perak adalah kaedah terbaik dan terunggul.

· Nilai perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

· Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan ‘janji untuk membayar hutang’. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

· Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.

· Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

· Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Chapter 8 ::


Kuiz

1. Tentukan logam perak
-Perak adalah satu elemen yang diwakili dengan simbol Ag. Suatu elemen yang tidak reput kepada unsur-unsur kimia yang lain. Simbul Ag ini berasal dari perkataan latin iaitu ARGENTUM yang bermakna PERAK DAN WANG

2. Terangkan pelaburan masa depan bagi logam perak
- Perak merupakan satu simpanan yang perlu kita ada. Ratio perak dengan emas semakin mengecil. Analisis menunjukkan kenaikan harga perak adalah lebih tinggi berbanding dengan emas. Di bawah ini merupakan analisis kenaikan harga emas dan perak dalam Ringgit Malaysia (RM). Adalah lebih tepat untuk membandingkan kenaikan perak dan emas dalam nilaian RM kerana kita membeli emas dan perak dalam nilaian matawang RM. Perlu difahami juga wujudnya faktor kadar tukaran matawang RM dengan USD. Sejak akhir-akhir ini nilai RM semakin mengukuh berbanding dengan matawang USD.



3. Bincangkan permintaan logam perak untuk kegunaan industri
- Permintaan untuk perak yang dibina atas tiga teras utama iaitu kegunaan industri dan hiasan, fotografi, dan barang kemas dan perak. Ketiga-tiga kategori mewakili lebih 95 peratus penggunaan perak tahunan. Permintaan untuk logam perak ini semakin bertambah kerana nilainya yang tinggi untuk kegunaan industri mahupun perhiasan selain dijadikan simpanan. Perak merupakan logam berharga yang paling murah dengan harga 1/49 dari harga emas.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, logam akan menjadi berharga jika ia jarang dijumpai. Penemuan sumber baru yang banyak seperti pembukaan lombong dan peningkatan teknologi di dalam proses pengeluaran logam dari bijih asalnya yang menjadi semakin mudah menjadikan nilai logam boleh menjadi susut.

Satu perkara yang menarik berkenaan dengan alumunium yang dahulunya dianggap sebagai logam yang berharga. Walaupun alumunium merupakan logam yang sangat banyak didapati dalam kerak bumi, manusia dahulunya tidak tahu bagaimana hendak mengekstrak alumunium daripada bijih asalnya. Ini menjadikan alumunium mempunyai nilai melebihi emas. Bar alumunium yang terdapat dalam muzium di Perancis dahulunya diletakkan bersama mahkota pada zaman Napolean III, 1855. Malah pada zaman pemerintahannya, beliau menghidangkan tetamu kehormatnya dengan pinggan mangkuk yang diperbuat dari alumunium. Walaubagaimanapun, apabila proses Hall-Heroult bagi megekstrak alumunium ditemui pada 1886, harga alumunium jatuh mendadak di pasaran.Pada masa hadapan, perak dijangka menjadi logam yang jarang ditemui kerana permintaannya kini telah melebihi penawaran dalam pasaran.




Permintaan utama perak adalah daripada kegunaan industri (40%), barang kemas,syiling bulion dan produk pertukaran bursa.
contoh lain :
  • Telefon selular – 404.35 tan;
  • Konsumer PCs & laptop – 684.29 tan;
  • Filem tebal PV – 1,461.90 tan;
  • Automotif – 1,119.75 tan;
  • Barangan elektronik & elektrikal – 7,555.21 tan, rekod tertinggi;
  • Panel kuasa solar bagi tahun 2011 dijangka mencapai 2,177.29 tan, melonjak 40% dari 2010;
  • Tag RFID pada 2010 mencecah antara 31 hingga 62 tan sebelum mencapai pasaran tepu untuk jangkamasa yang lebih lama lagi;
  • Komponen penulenan air menggunakan 62 tan dan dijangka menokok kepada 74.65 tan;
  • Peralatan & perkakasan perubatan meningkat kukuh permintaannya kepada 93.3 tan menjelang 2015;
  • Penggunaan logam perak secara nano dalam pembungkusan barangan yang mementingkan kebersihan (hygiene) bakal menyumbang kepada penggunaan 124.4 tan logam perak bagi tempoh 5 tahun yang mendatang.


Chapter 7 ::


FAKTOR-FAKTOR KENAIKAN HARGA PERAK

Permintaan perak semakin bertambah - Penjualan perak oleh pihak Amerika Syarikat pada bulan JAN dan FEB sama dengan penjualan emas serta peningkatan China mengimport Perak semakin meningkat dari 100 juta oz kepada 112 juta oz

Permintaan Perak Dari Aspek Teknologi Semakin Meningkat - Perak semakin banyak digunakan dalam komputer, telefon bimbit, bidang perubatan,panel solar dan sebagainya menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat.

Perak Semakin Berkurang - Kebanyakan pelabur mengambil jumlah perak yang banyak akan menghadapi masalah kerana perak sudah semakin berkurangan.

Chapter 6 ::


Harga emas dan perak berada dalam trend yang menaik dalam pasaran tempatan berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa yang menunjukkan bahawa, harga akan terus menaik susulan daripada perkembangan yang berlaku di pasaran antarabangsa. Harga yang memuncak di pasaran antarabangsa adalah berikutan kejatuhan nilai Dolar Amerika, peningkatan kadar pengangguran di Amerika Syarikat, dan kenaikan harga minyak mentah.

Menurut Persatuan Pengedar-pengedar Emas dan Perak Nepal (Nepal Gold and Silver Dealers’ Association – NGSDA), pengangguran di Amerika Syarikat, kejatuhan nilai Dolar Amerika dan masalah-masalah lain di Amerika Syarikat menyumbang kepada pendakian harga bagi emas dan perak.

Harga emas telah meningkat kepada USD1,533 se auns (31.1 gram) di pasaran antarabangsa di mana harga dibuka sebanyak USD1,520 se auns dan ditutup pada harga USD1,533 pada hari berikutnya. Walaubagaimanapun, harga emas telah menurun sedikit ke tahap USD1,500 se auns.

Di pasaran tempatan (Nepal), harga emas dibuka pada Rs.36,095 (+/- RM1,515) bagi 10 gram pada hari Ahad dan telah memecah rekod sejarah, iaitu mencapai Rs.36,395 bagi 10 gram pada hari Jumaat. Harga kemudiannya menurun kepada Rs. 35,795 bagi 10 gram pada hari Selasa.

Harga Emas pada 30 April 2010 di tahap +/- USD1180 se auns

Harga Emas pada 30 April 2011 di tahap +/- USD1540 se auns

Begitu juga perihalnya dengan perak, di mana harganya telah meningkat untuk ditutup pada Rs.1,157.50 bagi 10 gram menjadikannya satu pencapaian baru dalam sejarah. Harga perak dibuka pada hari Ahad sebanyak Rs.1,140 bagi 10 gram dan menurun kepada Rs.1,084 bagi 10 gram pada hari Selasa, minggu lepas.

Harga Perak pada 30 April 2010 di tahap +/- USD18.60 se auns

Harga Perak pada 30 April 2011 di tahap +/- USD49.00 se auns

Secara rumusannya, harga emas meningkat sebanyak Rs.300 setiap 10 gram manakala harga perak pula melonjak sebanyak Rs.17.50 bagi 10 gram sepanjang tempoh minggu tersebut.

Menurut situasi makro ekonomi berdasarkan data bagi bulan ke-lapan untuk tahun fiskal semasa, harga emas telah melonjak sebanyak 26.6% kepada USD1400.50 se auns di pertengahan bulan Mac berbanding tahun lepas.

Matawang Nepal, jika dibandingkan dengan USD, telah meningkat sebanyak 3.25% di pertengahan bulan Mac 2011 dari bulan Julai 2010. Ianya telah meningkat sebanyak 7.8% bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya (Julai 2009 hingga Mac 2010).

Kadar tukaran bagi satu USD bersamaan Rs.72.10 di pertengahan bulan Mac 2011 berbanding dengan Rs.74.44 di pertengahan bulan Julai 2010.

Begitu juga dengan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang telah meningkat sebanyak 38.8% kepada USD110.25 se tong pada pertengahan bulan Mac 2011 berbanding USD79.43 se tong pada pertengahan Mac 2010.

Jelas bahawa Emas dan Perak telah membuktikan kekukuhan harganya dan menjadi salah satu komoditi yang mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.

Sumber:Nepalnews.com

Pertukaran Matawang (3 Mei 2011):
*1 NPR = 0.0419915 MYR
*1 MYR = 23.8143 NPR