PERISIAN

PERKAKASAN

Mozilla firefox browser

Laptop Type : Acer Aspire 4725G

Google chrome browser

Processor: Intel ® core™ i5 processor 430M

Insta Trader software

RAM : 2.00 GB (1.87 GB usable)

Meta Trader software

Modem broadband

Type : Join Air

Service : Celcom

Windows 7 software

Keyboard,mouse

Broadband (internet) software

ATM card (Maybank)

Meta Trader database

User : sarah nadiah bt badri

Chapter 9 ::


KEBAIKAN PERAK

· perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

· Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.

· Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

· Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan perak. Selain itu, perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

· Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk perak adalah kaedah terbaik dan terunggul.

· Nilai perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

· Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan ‘janji untuk membayar hutang’. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

· Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.

· Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

· Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Chapter 8 ::


Kuiz

1. Tentukan logam perak
-Perak adalah satu elemen yang diwakili dengan simbol Ag. Suatu elemen yang tidak reput kepada unsur-unsur kimia yang lain. Simbul Ag ini berasal dari perkataan latin iaitu ARGENTUM yang bermakna PERAK DAN WANG

2. Terangkan pelaburan masa depan bagi logam perak
- Perak merupakan satu simpanan yang perlu kita ada. Ratio perak dengan emas semakin mengecil. Analisis menunjukkan kenaikan harga perak adalah lebih tinggi berbanding dengan emas. Di bawah ini merupakan analisis kenaikan harga emas dan perak dalam Ringgit Malaysia (RM). Adalah lebih tepat untuk membandingkan kenaikan perak dan emas dalam nilaian RM kerana kita membeli emas dan perak dalam nilaian matawang RM. Perlu difahami juga wujudnya faktor kadar tukaran matawang RM dengan USD. Sejak akhir-akhir ini nilai RM semakin mengukuh berbanding dengan matawang USD.



3. Bincangkan permintaan logam perak untuk kegunaan industri
- Permintaan untuk perak yang dibina atas tiga teras utama iaitu kegunaan industri dan hiasan, fotografi, dan barang kemas dan perak. Ketiga-tiga kategori mewakili lebih 95 peratus penggunaan perak tahunan. Permintaan untuk logam perak ini semakin bertambah kerana nilainya yang tinggi untuk kegunaan industri mahupun perhiasan selain dijadikan simpanan. Perak merupakan logam berharga yang paling murah dengan harga 1/49 dari harga emas.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, logam akan menjadi berharga jika ia jarang dijumpai. Penemuan sumber baru yang banyak seperti pembukaan lombong dan peningkatan teknologi di dalam proses pengeluaran logam dari bijih asalnya yang menjadi semakin mudah menjadikan nilai logam boleh menjadi susut.

Satu perkara yang menarik berkenaan dengan alumunium yang dahulunya dianggap sebagai logam yang berharga. Walaupun alumunium merupakan logam yang sangat banyak didapati dalam kerak bumi, manusia dahulunya tidak tahu bagaimana hendak mengekstrak alumunium daripada bijih asalnya. Ini menjadikan alumunium mempunyai nilai melebihi emas. Bar alumunium yang terdapat dalam muzium di Perancis dahulunya diletakkan bersama mahkota pada zaman Napolean III, 1855. Malah pada zaman pemerintahannya, beliau menghidangkan tetamu kehormatnya dengan pinggan mangkuk yang diperbuat dari alumunium. Walaubagaimanapun, apabila proses Hall-Heroult bagi megekstrak alumunium ditemui pada 1886, harga alumunium jatuh mendadak di pasaran.Pada masa hadapan, perak dijangka menjadi logam yang jarang ditemui kerana permintaannya kini telah melebihi penawaran dalam pasaran.




Permintaan utama perak adalah daripada kegunaan industri (40%), barang kemas,syiling bulion dan produk pertukaran bursa.
contoh lain :
  • Telefon selular – 404.35 tan;
  • Konsumer PCs & laptop – 684.29 tan;
  • Filem tebal PV – 1,461.90 tan;
  • Automotif – 1,119.75 tan;
  • Barangan elektronik & elektrikal – 7,555.21 tan, rekod tertinggi;
  • Panel kuasa solar bagi tahun 2011 dijangka mencapai 2,177.29 tan, melonjak 40% dari 2010;
  • Tag RFID pada 2010 mencecah antara 31 hingga 62 tan sebelum mencapai pasaran tepu untuk jangkamasa yang lebih lama lagi;
  • Komponen penulenan air menggunakan 62 tan dan dijangka menokok kepada 74.65 tan;
  • Peralatan & perkakasan perubatan meningkat kukuh permintaannya kepada 93.3 tan menjelang 2015;
  • Penggunaan logam perak secara nano dalam pembungkusan barangan yang mementingkan kebersihan (hygiene) bakal menyumbang kepada penggunaan 124.4 tan logam perak bagi tempoh 5 tahun yang mendatang.


Chapter 7 ::


FAKTOR-FAKTOR KENAIKAN HARGA PERAK

Permintaan perak semakin bertambah - Penjualan perak oleh pihak Amerika Syarikat pada bulan JAN dan FEB sama dengan penjualan emas serta peningkatan China mengimport Perak semakin meningkat dari 100 juta oz kepada 112 juta oz

Permintaan Perak Dari Aspek Teknologi Semakin Meningkat - Perak semakin banyak digunakan dalam komputer, telefon bimbit, bidang perubatan,panel solar dan sebagainya menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat.

Perak Semakin Berkurang - Kebanyakan pelabur mengambil jumlah perak yang banyak akan menghadapi masalah kerana perak sudah semakin berkurangan.

Chapter 6 ::


Harga emas dan perak berada dalam trend yang menaik dalam pasaran tempatan berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa yang menunjukkan bahawa, harga akan terus menaik susulan daripada perkembangan yang berlaku di pasaran antarabangsa. Harga yang memuncak di pasaran antarabangsa adalah berikutan kejatuhan nilai Dolar Amerika, peningkatan kadar pengangguran di Amerika Syarikat, dan kenaikan harga minyak mentah.

Menurut Persatuan Pengedar-pengedar Emas dan Perak Nepal (Nepal Gold and Silver Dealers’ Association – NGSDA), pengangguran di Amerika Syarikat, kejatuhan nilai Dolar Amerika dan masalah-masalah lain di Amerika Syarikat menyumbang kepada pendakian harga bagi emas dan perak.

Harga emas telah meningkat kepada USD1,533 se auns (31.1 gram) di pasaran antarabangsa di mana harga dibuka sebanyak USD1,520 se auns dan ditutup pada harga USD1,533 pada hari berikutnya. Walaubagaimanapun, harga emas telah menurun sedikit ke tahap USD1,500 se auns.

Di pasaran tempatan (Nepal), harga emas dibuka pada Rs.36,095 (+/- RM1,515) bagi 10 gram pada hari Ahad dan telah memecah rekod sejarah, iaitu mencapai Rs.36,395 bagi 10 gram pada hari Jumaat. Harga kemudiannya menurun kepada Rs. 35,795 bagi 10 gram pada hari Selasa.

Harga Emas pada 30 April 2010 di tahap +/- USD1180 se auns

Harga Emas pada 30 April 2011 di tahap +/- USD1540 se auns

Begitu juga perihalnya dengan perak, di mana harganya telah meningkat untuk ditutup pada Rs.1,157.50 bagi 10 gram menjadikannya satu pencapaian baru dalam sejarah. Harga perak dibuka pada hari Ahad sebanyak Rs.1,140 bagi 10 gram dan menurun kepada Rs.1,084 bagi 10 gram pada hari Selasa, minggu lepas.

Harga Perak pada 30 April 2010 di tahap +/- USD18.60 se auns

Harga Perak pada 30 April 2011 di tahap +/- USD49.00 se auns

Secara rumusannya, harga emas meningkat sebanyak Rs.300 setiap 10 gram manakala harga perak pula melonjak sebanyak Rs.17.50 bagi 10 gram sepanjang tempoh minggu tersebut.

Menurut situasi makro ekonomi berdasarkan data bagi bulan ke-lapan untuk tahun fiskal semasa, harga emas telah melonjak sebanyak 26.6% kepada USD1400.50 se auns di pertengahan bulan Mac berbanding tahun lepas.

Matawang Nepal, jika dibandingkan dengan USD, telah meningkat sebanyak 3.25% di pertengahan bulan Mac 2011 dari bulan Julai 2010. Ianya telah meningkat sebanyak 7.8% bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya (Julai 2009 hingga Mac 2010).

Kadar tukaran bagi satu USD bersamaan Rs.72.10 di pertengahan bulan Mac 2011 berbanding dengan Rs.74.44 di pertengahan bulan Julai 2010.

Begitu juga dengan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang telah meningkat sebanyak 38.8% kepada USD110.25 se tong pada pertengahan bulan Mac 2011 berbanding USD79.43 se tong pada pertengahan Mac 2010.

Jelas bahawa Emas dan Perak telah membuktikan kekukuhan harganya dan menjadi salah satu komoditi yang mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.

Sumber:Nepalnews.com

Pertukaran Matawang (3 Mei 2011):
*1 NPR = 0.0419915 MYR
*1 MYR = 23.8143 NPR

Chapter 5 ::


APA ITU PERAK (SILVER) ?


Perak adalah diantara logam berharga yang sering diguna pakai dalam aktiviti kehidupan kita. Sifat logam tersebut yang keras daripada Emas menjadikannya ia satu pilihan terbaik dalam pelbagai kegunaan.

Perak atau argentum (daripada bahasa Latin Argentum) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.

Pengaliran elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala pengaliran haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga,emas, plumbum dan zink.



Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga (precious metal). Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling.

Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyah-jangkit.

[sumber : wikipedia]

Nota : Oleh kerana Rasulullah SAW menyuruh kita menyimpan dinar (emas) dan dirham (perak), eloklah kita amalkan juga menyimpan perak. Public Gold ada menjual jongkong perak. Tetapi beza-harga (spread) agak tinggi. Mungkin Pengurusan PG boleh turunkan spread untuk menggalakkan orang ramai menyimpan perak.


CARA-CARA NAK BERSIHKAN
SILVER
(II)


Chapter 4 ::


CARA-CARA NAK BERSIHKAN
SILVER
(I)



Chapter 3 ::



SEJARAH DINAR DAN DIRHAM




Apa Itu Dinar?


Berdasarkan Ketetapan yang di[utuskan oleh Sayyidina Umar Ibn Khattab r.a
Dinar emas memiliki kadar 22 karat emas (917) dengan berat 4.25 gram. Dirham perak memiliki kadar perak murni dengan berat 3.0 gram.

Apa saja kegunaan Dinar Islam?·


Dapat digunakan sebagai simpanan · Dapat digunakan sebagai pembayar zakat dan mas kawin sebagaimana telah disyaratkan oleh Syari’ah Islam. · Dapat digunakan untuk perniagaan sebagai alat tukar yang sah.

Penggunaan Dinar & Dirham Emas dan perak merupakan alat tukar paling stabil yang pernah dikenal oleh dunia. Sejak awal sejarah Islam sampai sekarang, nilai dari mata wang Islam yang berdasarkan oleh mata wang metal ini secara mengejutkan sangat stabil jika dihubungkan dengan bahan makanan

Dapatkah kita melihat hal yang sama terhadap dollar atau mata wang lainnya selama 25 tahun terakhir ini?


Bukan untuk jangka panjang, sistem mata wang metal terbukti menjadi mata wang yang paling stabil. Ia tetap bertahan, di samping usaha dari berbagai pemerintahan untuk merubahnya menjadi mata wang simbolik yang diwakilkan oleh nilai nominal yang berbeza dengan berat yang dimilikinya.

Keunggulan


Wang emas tidak akan mengalami inflasi hanya kerana dicetak secara terus menerus; ia tidak akan dapat dihargakn oleh sebuah peraturan pemerintah, dan tidak seperti mata wang nasional, wang emas merupakan sebuah aset yang tidak tergantung kepada janji siapa pun untuk membayar nilai nominalnya.


Portabiliti dan tingkat kerahasiaan dari emas adalah nilai tambah yang penting, akan tetapi lebih daripada itu sebuah fakta yang tidak dapat dielakan adalah emas merupakan aset nyata dan bukan merupakan hutang.

Menunaikan Zakat


Zakat tidak dapat dibayarkan dengan menggunakan hutang maupun surat janji pembayaran.

Zakat hanya dapat dibayarkan dengan menggunakan barang yang memiliki nilai yang nyata, yang dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘Ain . Zakat tidak dapat dibayarkan dengan menggunakan janji pembayaran atau hutang, yang dalam bahasa Arab disebut sebagai Dayn .

Sejak awal zakat dibayar dengan menggunakan Dinar dan Dirham. Sebuah bukti nyata bahwa pada sepanjang masa pemerintahan Ottoman hingga jatuhnya Khalifah, zakat tidak pernah diperkenankan dibayarkan dengan menggunakan wang kertas.

chapter 2 ::


SEJARAH SILVER





Orang-orang Italia dan Yunani kuno digunakan untuk hiasan peribadi perak, perhiasan, kapal, panah, mata wang, dan senjata. Perak juga gabungkan dengan emas dalam menghasilkan emas putih, dan juga dicampur dengan logam. Beberapa jenis perhiasan kuno ditemui di makam Ratu Pu-abi di Ur di negara Sumeria kuno yang ada beberapa tahun 5000 lalu.

Silver digunakan di daerah-daerah Yunani walaupun hanya cincin, kapal, ikat kepala, dan pin.Dalam Mycenaean dan peradaban Minoan, perak juga digunkakan. Beberapa pisau belati perak telah ditemukan di sebuah makam di Kumasa. Silver cangkir ditemukan di bekas Gournia kembali ke tahun 2000 SM. Beberapa kendi dan vas dari Mycenae berada di luar perak, sedangkan pisau yang dihiasi dengan perak, emas, niello, dan electrum.Silver tetap menggunakan lazim dari Perunggu, dan Besi usia. Timbul dan ukiran perak mangkuk digunakan oleh Fenisia berlokasi di Yunani. Sebagian besar mangkuk memiliki rekaan yang rumit karakter Mesir dan Asyur. Ada beberapa jenis yang dirancang sederhana dengan deretan bunga dan haiwan yang susah untuk membezakan dari produk Hellenic awal. Sebuah mangkuk perak khas digunakan dalam 5 SM memiliki gaya bunga halus.